Islam Warisan .

Aku seorang insan ,
Yang mengalir dalam darahku Islam dan Iman ,
Tapi apalah daya aku hanya islam warisan ,
yang tidak berhujan panas mencari dan menyelongkar rahsia ketenangan ,
aku tidak menghargai apa yang aku miliki melainkan mereka ,
titik peluh merekalah yang menyuburkan taman-taman di hatiku ,
yang telah menzahirkan apa kelemahanku ,
Apalah yang hendak dibanggakan dengan islam yang hanya diwarisi ini ,
jika aku sendiri jahil dalam perbuatanku ,
yang lalai melayani dunia yang penuh ujian ini ,
yang tidak mahu berusaha meningkatkan keimananku kepada-Nya ,
dan kerana merekalah aku mula menyedari akan harta yang ku cari selama ini ,
syukran jazilan buat mereka ,
Saudara-saudarku .


Hasil nukilan :Syafiq kamaruddin.

No comments:

Post a Comment